Friday, April 14, 2006

Larangan melakukan kezaliman

RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawaduk sehingga tidak ada seseorang pun merasakan dirinya megah (lebih bangga diri) daripada orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain.” (Hadis riwayat Muslim)

Islam menuntut umatnya beramal dengan sifat tawaduk dan hormat menghormati sesama Islam.

Dengan itu, akan lahirlah sebuah masyarakat Islam yang harmoni.

Kedudukan orang Islam di sisi Allah adalah sama saja tarafnya.

Oleh itu, Islam melarang umatnya melakukan kezaliman dan hendaklah menjauhkan sifat keji seperti membesar diri dan bermegah.

Islam melarang umatnya bersifat bangga diri kerana mempunyai pangkat dan kedudukan tinggi.

Tetapi, hendaklah bersifat hormat menghormati di antara satu sama lain.

Jangan merendahkan orang lain kerana semulia-mulia manusia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa kepada-Nya.